KEYAKINAN EMOSI – STRATEGI KE ARAH MEMPERBAIKI KUALITI DIRI

Oleh

DR. ISMAIL ZAIN

(Disiarkan dalam ruangan Jendela Minda, makalah bulanan Titian Mesra, Berita Perak )

 

Dalam penulisan saya yang lepas saya telah memberi sedikit huraian tentang "Kecerdasan Emosi" ( Emotional Intelligence) dan kesannya terhadap kehidupan kita. Pada kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dengan para pembaca mengenai satu lagi aspek dalam emosi iaitu "Keyakinan Emosi" (Emotional Confidence).

Mengikut Gael Lindenfield, 1997 dalam bukunya "Emotional Confidence" keyakinan emosi bermaksud ……"satu keadaan dimana kita dapat menaruh kepercayaan terhadap kebolehan diri kita untuk mengawal perasaan….". Ianya juga merupakan salah satu komponen dalam konsep keyakinan diri (self-confidence).

Dalam ertikata yang mudah aspek keyakinan emosi ini memberi penekanan bahawa segala bentuk idea yang lahir dalam jiwa kita akan terlaksana untuk dihasilkan sekiranya kita yakin pada apa yang kita fikirkan itu tanpa dipengaruhi oleh apa-apa unsur yang boleh melemahkan tindakan kita.

Dalam kehidupan manusia seharian perkara seumpama ini selalu berlaku pada diri kita. Bagi golongan pelajar kurang keyakinan dalam emosi mengakibatkan mudah rasa bosan dan mudah mengalah. Bagi golongan usahawan, pekerja, pegawai dan para pemimpin kurangnya keyakinan emosi ini akan menyebabkan kurangnya minat dan keberanian untuk mengambil risiko, membuat keputusan atau meyampaikan pendapat serta membuat satu anjakan paradigma dalam bidang yang diceburinya.

Seseorang yang mempunyai keyakinan emosi dapat memperlihatkan ciri-ciri berikut:-

Kenapa pentingnya keyakinan emosi ini pada diri seseorang. Kelebihan yang akan dinikmati oleh seseorang yang mempunyai keyakinan emosi diantara lain ialah:-

Bagaimanakah caranya seseorang itu dapat mewujud atau meningkatkan lagi aras " Keyakinan Emosi" pada dirinya? Persoalan ini amatlah penting dan akan diperbincangkan pada penulisan saya pada keluaran yang akan datang.

 

Balik semula ke senarai artikel