KESEDIAAN GURU DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

DI SEKOLAH MENENGAH

PEMBENTANG

HJ BADRUL HISHAM BIN HJ ALANG OSMAN

MAKTAB PERGURUAN IPOH, PERAK

 

ABSTRAK

Kesediaan Guru Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Berbantukan

Komputer di Sekolah Menengah

Kajian ini adalah untuk melihat Kesediaan Guru Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Berbantukan Komputer di Sekolah Menengah. Pengetahuan guru terhadap penggunaan komputer dan keupayaan menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap minima. Reliabiliti terhadap item-item soal selidik skala Likert tentang persetujuan guru terhadap mengadakan aktiviti-aktiviti perisian komputer bagi PPBK ialah pada alpha 0.8694.

Kajian ini juga mengkaji sikap dan penerimaan guru terhadap PPBK. Reliabiliti terhadap item-item skala Likert tentang sikap dan penerimaan guru terhadap PPBK ialah pada alpha 0.8412. Seramai 69 orang guru matematik daripada beberapa buah sekolah menengah di Negeri Perak terlibat sebagai responden kajian ini. Hasil kajian diperolehi daripada analisis frekuensi, min, peratusan, Ujian-T dan Korelasi.

Kajian ini mendapati sebilangan besar guru matematik kurang didedahkan dengan penggunaan komputer dalam PPBK, Sebilangan guru-guru matematik juga tidak berpeluang menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran tetapi mereka mempunyai sikap yang positif terhadap PPBK dan bersedia menggunakan kemudahan komputer dalam membantu tugas harian mereka.

  

    1. Pengenalan
    2. Media dan teknologi pembelajaran telah banyak mempengaruhi corak pendidikan di seluruh dunia. Pada masa kini, perkembangan dan program komputer telah mula merubah senario pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Adalah dijangkakan dengan kewujudan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang baru ini, ianya dapat memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu P & P di bilik darjah. Peranan guru pada peringkat ini adalah berfungsi sebagai pemudah cara di antara media dan proses di dalam pengajaran dan pembelajaran.

      Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) semakin menjadi penting dalam zaman Koridor Raya Multimedia (MSC) dan kemajuan hari ini. Salah satu agenda utama dalam MSC adalah Konsep Sekolah Bestari. Guru di Sekolah Bestari memerlukan latihan intensif terhadap penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga mesti dilatih agar dapat mengintegrasikannya dalam bilik darjah yang akan dapat membantu meningkatkan kemahiran berfikir dan kreativiti (Kerajaan Malaysia, 1997).

      Dari segi pendidikan, komputer menyediakan pelajar untuk hidup dalam masyarakat di mana komputer digunakan untuk mencegah buta huruf dan meningkatkan pengetahuan tentang dunia luar. Mengikut Mary Jo Langhore, et. Al (1989), Computer literacy might be conceptualized as having three components: knowledge about computer, knowledge of computer application and knowledge about social issues pertanining to computer.

      Di negara-negara maju, komputer telah banyak membantu pembelajaran dan pengajaran dan ini membuatnya amat sesuai digunakan di sekolah-sekolah seperti yang dijelaskan oleh David H.Wyatt (1984:117), Computer-assisted Learning has already begun to fulfill its promise. One very successful case history is in basics mathematics. Here, instructional materials of drill-and-practice and tutorial type have consistently shown that they can significantly enhance regular classroom instruction. PPBK di sekolah-sekolah di Malaysia mula berkembang dengan penubuhan sekolah-sekolah bestari yang menggunakan komputer sebagai media terpenting dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu sewajarnya kita melihat aspek kesediaan guru terlebih dahulu dalam memperluaskan penggunaan komputer di sekolah-sekolah pada masa sekarang.

    3. Pernyataan Masalah

Rushby (1980) dan David H.Wyatt (1984) membincangkan beberapa masalah yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. PPBK yang perlu dikuasai oleh guru sebagai penyampai dan pemudah cara dalam proses membina konsep matematik terbahagi kepda beberapa jenis seperti berikut:

Pelajar diberi soalan satu lepas satu untuk melatih kemahirannya dalam sesuatu konsep. Konsep ini mungkin berkaitan dengan fakta-fakta dalam sesuatu subjek dan sangat sesuai untuk ulangkaji bagi pelajar yang lemah. Pelajar diberi soalan dan memberi jawapan dan komputer kemudian akan memberi maklum balas kepada setiap jawapan pelajar. PPBK latih tubi sesuai digunakan selepas guru mengajar sesuatu konsep matematik.

PPBK tutorial mengajar sesuatu dan menjelaskan sesuatu konsep. Ini kemudiannya diikuti dengan soalan untuk pelajar memberi jawapan mengenai sesuatu konsep yang telah dipelajari.

PPBK simulasi memberi suasana yang menyerupai keadaan dan fenomena sebenar dalam dunia luar. Komputer akan memberikan satu visual atau penjelasan . Ia boleh menukar beberapa factor dalam situasi tersebut dan melihat kesannya. Pelajar diminta menganalisis, membuat keputusan dan bertindak untuk mendapatkan sebuah situasi baru.

 

Berbagai-bagai situasi pembelajaran boleh diwujudkan dalam bentuk permainan asalkan ia tidak terlalu mengasyik dan melalaikan pelajar sehingga mendatangkan kesan negatif.

Ia adalah seperti simulasi dengan proses kognitif yang tinggi seperti pemikiran logik dan kritikal serta penaakulan diperlukan. Pelajar diberi masalah untuk diselesaikan.

  

1.4 Tujuan kajian

 

    1. Definisi Istilah

Penggunaan komputer untuk menyampaikan maklumat, membimbing, melatih dan menilai prestasi pelajar sama ada kesemuanya sekali atau sebahagiannya sahaja (Rushby, 1980)

    1. Kajian Literatur
    2. Perkembangan pendidikan masa kini ke arah penggunaan teknologi maklumat sebagai alat pengurusan dan alat pengajaran serta pembelajaran. Guru kini bukan sahaja sedang berusaha untuk meningkatkan prestasi mereka dalam tugas harian tetapi juga sedang berusaha untuk memantapkan diri agar lebih berketrampilan dalam bidang teknologi maklumat terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK)

      Pada tahun 1991 Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah mewajibkan semua guru pelatih di Maktab Perguruana mengambil kursus komputer literasi (BPG, 1990). Seterusnya Pengajaran Berbantukan Komputer telah dijadikan komponen kurikulum pendidikan guru dalam mata pelajaran Teknologi Pendidikan yang mesti diambil oleh guru pelatih Maktab Perguruan Malaysia (BPG, 1988).

      Program pendidikan komputer boleh dibahagikan kepada beberapa kategori, Ferguson (1992) mengkategorikan kepada 8 jenis program pendidikan komputer; drill and practice, tutorials, simulations, micro discovery activities, Intelligent Tutoring System (ITS), microworlds, programming and application tools such as word processing, databases and spreadsheets.

      PPBK merupakan satu strategi atau bentuk pengajaran-pembelajaran dengan menggunakan komputer untuk menyampaikan seluruh atau sebahagian dari isi kandungan mata pelajaran. Sekarang didapati ramai individu telah memiliki komputer peribadi dan juga sekolah-sekolah telah memiliki komputer sendiri. Setengah guru sekolah telahpun menggunakan program aplikasi komputer seperti pengkalan data atau hampran elektronik dan setengah guru lebih gemar menggunakan program komputer yang siap-sedia di pasaran khusus untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

      Program komputer yang telah siap-sedia untuk pengajaran beberapa topik tertentu lebih dikenali sebagai Computer Assisted Instructions (CAI), dan program lain yang berkaitan seperti CBI (Computer Based Instruction), CAL (Computer Aided Learning), CAI (Computer Aided Instruction), dan CAL (Computer Assisted Learning).

      Seharusnya guru-guru perlu bersedia dan diberikan kursus PPBK dari masa ke semasa dan sesuai dengan konsep Sekolah Bestari yang berorientasikan penggunaan komputer dan kemahiran teknologi maklumat (IT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. D. Murray (1992) mencadangkan there is an urgent need for training which provides teachers with an opportunity to familiarize themselves thoroughly with the concepts and fix details of IT capability.

       

    3. Metodologi

 

Pembentukan item dalam kajian ini dibuat dengan berpandukan rujukan buku yang berkaitan dengan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di RECSAM, perbincangan ahli kumpulan, pensyarah dan tokoh-tokoh penyelidikan. Instumen kajian ini dapat dilihat dalam bahagian lampiran yang dibentuk secara stuktur dan mengandungi empat bahagian:

Kebolehpercayaan terhadap item-item yang terdapat dalam Soal selidik skala Likert tentang persetujuan guru terhadap mengadakan akativiti-aktiviti perisian komputer bagi PPBK ialah pada alpa 0.8694.

Kebolehpercayaan terhadap item-item yang terdapat dalam Soal selidik skala Likert tentang sikap dan penerimaan guru matematik terhadap PPBK ialah pada alpa 0.8412.

Sampel kajian terdiri daripada 69 orang guru-guru matematik sekolah menengah di dua daerah iaitu Daerah Kinta dan Daerah Kuala Kangsar. Satu kajian rintis telah ditadbirkan ke atas 10 orang guru matematik dibeberapa buah sekolah menengah di Daerah Kinta untuk menguji kesahan instrumen kajian. Nilai Cronbach Alpa dalam instrumen yang menyatakan persetujuan terhadap mengadakan perisian komputer ialah r = 0.8601 manakala dalam item soal selidik tentang sikap dan penerimaan guru matematik terhadap PPBK ialah r =0.8309. Semua kelemahan insturmen yang dapat dikenal pasti melalui kajian ini telah diperbaiki. Hasilnya reliabiliti instrumen meningkat kepada r= 0.8694 bagi soal selidik yang menyatakan persetujuan mengadakan perisian komputer dan reliabiliti item soal selidik tentang sikap dan penerimaan guru matematik terhadap PPBK meningkat kepada r =0.8412

    1. DAPATAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk meninjau kesediaan guru-guru matematik di Sekolah Menengah dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Dapatan kajian merangkumi:

  1. Maklumat latar belakang guru matematik
  2. Maklumat kesediaan guru matematik terhadap PPBK
  3. Persetujuan guru terhadap mengadakan aktiviti-aktiviti perisian komputer bagi PPBK
  4. Sikap dan penerimaan guru matematik terhadap PPBK.

Penemuan Data Deskriptif

Penemuan Hasil Ujian-T

Penemuan hasil Ujian T yang mengkaji perbezaan min jantina terhadap persetujuan mengadakan perisian komputer bagi PPBK. Kajian mendapati skor min guru lelaki adalah 17.6333 dan skor min guru perempuan adalah 16.3846. Hasil Ujian -t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Nilai t yang diperolehi adalah 1.15 (dk 67) pada aras p=0.05. Keputusan ini bererti tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru lelaki dan guru perempuan terhadap persetujuan mengadakan perisian komputer bagi PPBK.

Manakala Hasil Ujian-t tentang sikap dan penerimaan guru matematik terhadap PPBK mengikut jantina mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dari segi sikap dan penerimaan guru matematik terhadap PPBK. Kajian mendapati skor min guru lelaki adalah 27.76 dan skor min guru perempuan adlah 29.43. Hasil Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan. Nilai t yang diperolehi adalah 1.94 (dk 67) pada aras p=0.05. Oleh itu hipotesis nul yang mengatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina ke atas sikap dan penerimaan terhadap PPBK adalah ditolak.

Korelasi antara persetujuan mengadakan perisian komputer bagi PPBK dengan sikap dan penerimaan guru matematik terhadap PPBK menyatakan perhubungan positif yang amat rendah di mana r=0.0837. Ini mungkin disebabkan penglibatan guru untuk mengadakan perisian kursus adalah kurang berbanding dengan minat untuk menggunakan komputer sahaja. Mengadakan perisian kursus memerlukan penggunaan masa yang panjang, tenaga, mental dan perbelanjaan berbanding dengan menggunakan perisian yang sedia ada.

 

    1. PENUTUP

Berdasarkan penemuan-penemuan yang telah dibincangkan, beberapa strategi dan rancangan meningkatkan lagi pengetahuan dan tahap penggunaan komputer dalam PPBK adalah perlu melalui cadangan-cadangan berikut:

  1. Cadangan memperluaskan pengetahuan terhadap PPBK: Penerimaan dan kesediaan positif oleh guru matematik membolehkan PPBK dilaksanakan dengan berkesan. Penggunaan komputer dan pelaksanaan PPBK tidak dapat dijalankan sepenuhnya adalah kerana guru-guru ini kurang mendapat pendedahan dan kursus yang berkaitan dengan teknologi maklumat.
  2. Cadangan meningkatkan tahap penglibatan guru dalam penyediaan dan penggunaan perisian komputer. Penemuan kajian mendapati sebilangan guru tidak menerima kursus komputer semasa di Maktab / Universiti atau semasa dalam perkhidmatan.
  3. Cadangan peningkatan sikap dan kesediaan di kalangan guru matematik terhadap PPBK. Program celik komputer boleh diadakan dari masa ke semasa untuk menambahkan bilangan dan kemahiran guru dalam teknologi maklumat.
  4. Guru perlu didedahkan dengan pengetahuan terhadap PPBK dan mesti diberi kemahiran yang tinggi dalam penggunaan komputer untuk melihat matlamat Sekolah Bestari akan tercapai. Secara tidak langsung penggunaan PPBK akan merealisasikan Sekolah Bestari dari matlamat mengujudkan sistem pendidikan bercorak futuristik, smart learning, smart curriculum, smart assessment, smart teaching dan smart use of technology.

 

 

 Rujukan

Ahmad Binadja et al (1997:5), The Interest, Trend and Readiness of Malaysian

Elementary Science Teachers Toward the Use of Computer Software for Science Instruction. RECSAM: Penang.

 

David H. Wyatt (1984), Computers and ESL, Prentice-Hall, INC. U.S.A

Ferguson, D.L (1992), Computer in Teaching and Learning: An Interpretation of

Current Practices and Suggestions for Future Directions. New Directions in Educational Technology. E. Scanlon and T. O'Shea (ed.) Heidelberg: Springer-Verlag.

Mary Jo Langhore, et.al (1989), Teaching With Computers: A New Menu for the 90's,

U.S.A: Oryx Press

Rushby, Nicholas John (1980), An Intoduction to Educational Computing,

Croom Helm Ltd, London.

Sheingold, K. (Chair) 1983. Chameleon in the Classroom: Developing Roles for

Computers. A symposium conducted at the meeting of the American Educational Research Association, Montreal.

Stracker, A. (1989). Children Using Computer. Oxford: Balckwell.

 

wb01337_.gif (904 bytes)