KEPENTINGAN PENGGUNAAN PETA MINDA

oleh

DR. ISMAIL ZAIN

(Disiarkan dalam ruangan "Selamat Pagi Cikgu" akhbar Utusan Malaysia)

 

Pelbagai penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar-pelajar. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat, tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ianya tidak sesuai di zaman yang serba maju ini.

Sebagai seorang insan, Allah telah mengurniakan kepada kita pancaindera yang mempunyai pelbagai fungsi. Pancaindera ini amat peka serta amat responsif terhadap apa-apa rangsangan yang berkaitan dengannya.

Mata adalah merupakan salah satu pancaindera yang amat penting bagi seseorang insan. Sebagai contoh, mata yang berfungsi untuk penglihatan akan merangsangkan tindakan seseorang itu apabila ianya melihat sesuatu yang dapat memberi sesuatu makna kepada dirinya.

Seorang kanak-kanak yang masih kecil dan belum mengenal huruf dapat memahami sesuatu keadaan melalui penglihatan dan pemerhatian. Objek yang dilihat melalui mata akan menghasilkan sesuatu mesej melalui interpretasi yang dibuat di bahagian otak.

Mesej yang dihasilkan akan menjadi mudah dan jelas sekiranya kita dapat merangsangkan pancaindera yang ada pada seseorang individu itu dengan cepat.

Oleh itu dalam proses pembelajaran seseorang itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Beberapa elemen yang dapat merangsangkan fungsi otak dan memudahkan pemahaman kita adalah seperti berikut:-

Dalam hal ini penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. Dalam melakar peta minda atau pengurusan grafik, beberapa langkah perlu dibuat agar ianya dilakukan secara sistematik:-

Proses membuat peta minda dapat memberi faedah yang bukan sahaja dapat dilihat pada zahirnya tetapi juga sesuatu yang tersirat di sebaliknya:-

Penganalisisan data melalui pemetaan minda ini adalah merupakan salah satu ciri-ciri aktiviti yang terdapat dalam pembelajaran sekolah bestari. Oleh itu guru seharusnya memahirkan diri serta berusaha memperkenalkan aktiviti ini kepada pelajar-pelajarnya mulai sekarang.

Mengikut seorang penulis Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk "Superbrain", melalui pemetaan minda seseorang itu dapat ……….."learn MORE, remember MORE, use LESS paper, invest LESS effort…." yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.

Beberapa contoh pemetaan minda dalam pembelajaran akan saya paparkan pada penulisan saya pada minggu yang akan datang.

 

Balik semula ke senarai artikel